Syarikat unit amanah No.1* di Malaysia
Public Mutual Berhad kini merupakan syarikat unit amanah swasta no. 1 dan terbesar di Malaysia pada masa ini; menguruskan dana-dana bernilai RM20.6 bilion (Sumber: The Edge-Lipper, 18 Jun 2007) dengan jumlah melebihi 1,000,000 pemegang akaun di seluruh negara. Ia hanya berada di tempat kedua di belakang Permodalan Nasional Berhad (PNB), jika syarikat unit amanah tajaan-kerajaan itu diambilkira.
Public Mutual Berhad telah diperbadankan pada 21 Julai 1975 merupakan perintis di dalam industri unit amanah dan telah melancarkan dana sulungnya, Public Saving Fund di dalam bulan Mac 1981. Sejak daripada itu, Public Mutual telah mempunyai pengalaman melebihi 26 tahun di dalam pengurusan unit amanah dan kini menguruskan empat puluh lima (45) dana dari pelbagai sektor di mana sebelas (11) daripadanya adalah dana Islam.
Sebagai subsidiari kepada Kumpulan Public Bank, Public Mutual mewarisi budaya korporat berorientasi kecemerlangan Kumpulan Induknya serta integriti kewangan berpiawaian tinggi di dalam pengurusan dana unit amanahnya. Sehingga kini Public Mutual telah dinobatkan sebagai pemenang sebanyak 100 anugerah prestasi dana dari tahun 1999 dan kekal sebagai pengurus dana unit amanah yang menerima paling banyak anugerah prestasi dana di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment