Pages

Kenapa Perlu Memilih Public Mutual


Syarikat unit amanah No.1* di Malaysia


Public Mutual Berhad kini merupakan syarikat unit amanah swasta no. 1 dan terbesar di Malaysia pada masa ini; menguruskan dana-dana bernilai RM20.6 bilion (Sumber: The Edge-Lipper, 18 Jun 2007) dengan jumlah melebihi 1,000,000 pemegang akaun di seluruh negara. Ia hanya berada di tempat kedua di belakang Permodalan Nasional Berhad (PNB), jika syarikat unit amanah tajaan-kerajaan itu diambilkira.

Public Mutual Berhad telah diperbadankan pada 21 Julai 1975 merupakan perintis di dalam industri unit amanah dan telah melancarkan dana sulungnya, Public Saving Fund di dalam bulan Mac 1981. Sejak daripada itu, Public Mutual telah mempunyai pengalaman melebihi 26 tahun di dalam pengurusan unit amanah dan kini menguruskan empat puluh lima (45) dana dari pelbagai sektor di mana sebelas (11) daripadanya adalah dana Islam.

Sebagai subsidiari kepada Kumpulan Public Bank, Public Mutual mewarisi budaya korporat berorientasi kecemerlangan Kumpulan Induknya serta integriti kewangan berpiawaian tinggi di dalam pengurusan dana unit amanahnya. Sehingga kini Public Mutual telah dinobatkan sebagai pemenang sebanyak 100 anugerah prestasi dana dari tahun 1999 dan kekal sebagai pengurus dana unit amanah yang menerima paling banyak anugerah prestasi dana di Malaysia. 

AWAS!!!!


JANGAN TERJEBAK DENGAN PELABURAN BERUNSUR PENIPUAN

Perhatian kepada semua bangsa Malaysia terutamanya kaum melayu, pelbagai skim cepat kaya seperti pelaburan berunsur penipuan di internet dan di persekirtaran anda yang telah menyebabkan orang ramai kerugian banyak wang terutamanya orang ramai yang terlalu mengejar kekayaan yang cepat.


Sekiranya masih ada lagi anda diluar sana yang terlibat atau berminat dengan skim cepat kaya seperti saham internet @saham neraka seperti yang diumumkan oleh Fatwa Mufti Kebangsaan pada bulan Mac 2007 yang lalu mengatakan pelaburan tersebut adalah HARAM.


Selain itu banyak lagi saham-saham yang berteraskan binatang dan haiwan peliharaan seperti perternakan Lembu, perternakan Kambing, perternakan Lintah, perternakan Cacing dan banyak lagi pelaburan-pelaburan yang seumpamanya yang mana ia diuruskan oleh syarikat-syarikat Sendirian Berhad yang boleh memerangkap anda dengan cara mewar-warkan pengasas syarikat pelaburan tersebut yang di pegang oleh orang-orang yang berkedudukan, ternama atau berkaitan dengan politik untuk memberi kepercayaan dan mengelirukan orang ramai.


Sememangnya saham-saham tersebut menjanjikan pulangan yang tinggi dan tetap setiap bulan tetapi itu adalah satu perangkap untuk menipu orang ramai melabur beramai-ramai dan yang mana orang yang terawal akan mendapat pulanganya, tetapi bagaimana orang yang terlewat menyertainya?, pasti akan menanggung rugi dan modal pelaburan mungkin akan hilang begitu sahaja.


Ada juga syarikat yang jujur untuk membantu orang ramai tetapi mereka juga akur dengan setiap tindakan pihak Kerajaan Malaysia (BNM) yang akan menjalankan penyiasatan ke atas setiap pelaburan yang di jalankan kerana sememangnya Lesen Kutipan Deposit Wang Pelaburan yang sah hanyalah kepada pihak Perbankan dan Koperasi sahaja, jadi pelaburan-pelaburan yang dikendalikan oleh syarikat Sendirian Berhad adalah tidak sah dan salah disisi Undang-Undang Bank Negara Malaysia.


Peluang untuk dapat balik modal pelaburan juga akan tipis dengan helah syarikat yang selalu mengatakan mereka masih menunggu siasatan BNM, tetapi tup tup dah kena dakwa dan mungkin denda tidak lebih RM 10 juta je, jadi yang selebihnya akan jadi hak milik dan memperolehi untung yang gila-gila spt contoh syarikat yang baru-baru ini yang dalam proses sedang dakwa di mahkamah.


Di sini kami nasihatkan pilihlah jalan (pelaburan) yang berlesen dengan Bank Negara Malaysia seperti yang konvensional ataupun yang berteraskan Syariah untuk kepentingan dan pulangan jangkamasa yang berpanjangan seperti dalam pelaburan unit amanah ini.


Saya nasihatkan jangan sesekali melibatkan diri ke dalam saham yang jelas HARAM kerana mempunyai unsur riba dan gharar atau pelaburan yang tidak berlesen, manakala maklumat pemilikan syarikat dan lokasi kedudukannya tidak jelas dan nyata menipu, telah melanggar AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 dan BANK NEGARA MALAYSIA (BNM)...


Melaburlah dengan Syarikat Unit Amanah yang berdaftar dan mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia dan Persekutuan Pengurusan Unit Amanah Malaysia (FMUTM).